Gegaran hari bahagia

August 8, 2020 By admin

Beirut: SATU pasangan pengantin baharu di sini, tidak menyangka hari bahagia mereka bertukar menjadi episod paling mengerikan selepas ibu kota negara itu digegarkan dengan letupan, Selasa lalu.

Berdasarkan video yang kini tular, ketika kejadian, Dr Israa Seblani dan pasangannya, Ahmad Sbeih menjalani sesi penggambaran di kawasan kejiranan mewah, Saifi Village.

Jurugambar, Mahmoud Nakib merakamkan pengantin wanita dilihat begitu anggun mengenakan gaun perkahwinan berwarna putih.

Bagaimanapun, selepas beberapa saat, mereka tiba-tiba dikejutkan dengan letupan yang menggegarkan kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, semua mereka terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menceritakan kejadian itu, Dr Israa berkata, sebelum kejadian, orang ramai melakukan rutin harian seperti membeli-belah dan menikmati makanan di restoran di sekitar Saifi Village

Beliau berkata, secara tiba-tiba, letupan kuat kedengaran di belakangnya.

“Ia bagaikan mimpi buruk. Lokasi di mana tempat saya berada berubah daripada indah kepada seperti bandar ditinggalkan.

“Ia dipenuhi debu dan serpihan kaca di samping bunyi jeritan orang ramai dan mangsa yang berlumuran darah,” katanya kepada CNN.

Jurugambar perkahwinan pasangan itu, Mahmoud Nakib sempat merakamkan detik huru-hara itu berlaku.

sumber : mymetro

PAKEJ PERKAHWINAN LENGKAP DEWAN PEKERTI SEREMBAN

Share