MySejahtera : Cara Tuan Rumah Nak Daftarkan Lokasi Kenduri Kahwin Nikah & Sanding Guna Aplikasi MySejahtera

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kerajaan telah membenarkan penganjur untuk menjemput lebih 250 tetamu, asalkan boleh mengamalkan penjarakan fizikal satu meter mengikut kesesuaian tempat.

Oleh itu, ramai yang mengambil kesempatan ini untuk melaksanakan majlis perkahwinan. Pun begitu, pelaksanaan majlis ini perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Antara SOP yang wajib dipatuhi ialah penjarakan fizikal satu meter, pendaftaran MySejahtera serta pengambilan suhu sebelum masuk ke sesuatu tempat.

Selain itu, penganjur juga perlu menyediakan makanan secara hidangan atau menggunakan khidmat pramusaji jika menggunakan buffet. Hal ini bagi mengurangkan sentuhan pada senduk makanan yang dikongsi beramai-ramai.

Bagi anda yang ingin mengadakan kenduri, mari kami kongsikan cara untuk menjana kod QR majlis tersebut.

  1. Klik MySejahtera

2. Masukkan nombor telefon untuk pendaftaran

3. Masukkan OTP

4. Masukkan maklumat majlis seperti nombor telefon, alamat majlis dan poskod kawasan.

5. Siap

Setelah tekan butang submit, kod QR anda akan terus dijana. Hanya perlu cetak, emel ataupun download ke komputer anda untuk langkah seterusnya.

Anda perlu cetak kod ini dan letakkan di pintu masuk majlis anda. Jangan lupa letakkan arah laluan keluar masuk untuk tetamu bagi mengelakkan kesesakan.

Semasa memberi jemputan, sampaikan juga pesanan kepada tetamu agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Individu bergejala tidak boleh hadir ya.

Semoga majlis diberkati dan dipermudahkan semua urusan melayari bahtera rumah tangga. Sama-samalah kita mematuhi SOP sepanjang PKPP ini. Kita jaga kita.

Share

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Latest News

Our Gallery

Follow Us

Scroll to Top
Scroll to Top

Terima kasih kerana hubungi saya.. Kami menyediakan Pakej Perkahwinan Lengkap 2024-2025.. Boleh share sikit info untuk memudahkan

%d bloggers like this: