Jangan lepaskan peluang untuk mengadakan majlis pernikahan anda dalam suasana penuh eksklusif di venue kami dengan harga pakej di sediakan untuk jangkamasa *6jam* setiap 1 sesi ( Sesi Pagi dan Sesi Malam )
*SLOT AVAILABLE:*
11AM-4PM
6PM-11PM
*PAKEJ TUNANG / NIKAH / SANDING 100pax & 200pax & 300pax*
*MENU UTAMA*
Nasi Beriyani/ Nasi Minyak / Nasi Putih 30%
Ayam Masak Merah / Goreng Berempah / Ayam Briyani / Ayam Masak Korma / Ayam Goreng Kunyit Halia.
Daging Masak Hitam / Kurma / Rendang
Acar Buah / Jelatah / Pajeri Nenas / Acar Bombay
Dalca Sayur
Ulam-ulaman / Salad
Sambal Belacan
*BUAH BUAHAN*
Buah Oren / Campur
*MINUMAN*
Air Minuman Kordial Sirap Pandan
*SUDUT SANTAI 30%*
Kopi / The Tarik
Kuih Melayu
*MINI PELAMIN*
MINI Pelamin Dewan / Hall
Backdrop Pelamin
Backrop Layar
Flower Box 2x 3 Ft
Pillar Bunga
Kerusi Mini Pelamin
Bantal Tangan
*KELENGKAPAN MAJLIS*
Airconditioned Hall
PA System (without Operator)
SOP Compliant Set
1 Buffet Table
1 Gift Table
1 Doorgift Table
Surau ( L&P )
*MEJA TETAMU*
10 X Meja Bulat + Alas Meja
100 Ghost Chairs
1 Meja Buffet
Meja Penyambut Tetamu
Meja Hadiah
*PELENGKAP MAJLIS*
Pramusaji 3-5 Orang Beruniform
1 Event Coordinator
Peralatan Catering
*PERCUMA PENAMBAHAN*
Make Up Nikah 1x
Set Akad Nikah
Sesi Fotografi Nikah
Kami menyediakan *3 pakej* lengkap all in utk pakej mula 400pax hingga 2500pax.
Pakej Yang Di sediakan
1. Dome Pakej / hidang style
2. Pakej lengkap standard
3. Pakej lengkap Premium
*List Pakej lengkap standard*
*Mula 400pax hingga 2500pax*
*MENU UTAMA*
*Nasi* Beriyani/ Nasi Minyak / Nasi Putih 30%
*Ayam* Masak Merah / Goreng Berempah / Ayam Briyani / Ayam Masak Korma / Ayam Goreng Kunyit Halia.
*Daging* Masak Hitam / Kurma / Rendang
*Acar* Buah / Jelatah / Pajeri Nenas / Acar Bombay
*Dalca* Sayur
*Ulam*-ulaman / Salad
*Sambal* Belacan
*BUAH BUAHAN*
Oren
Tembikai
*MINUMAN*
Air cordial oren
Sirap ice
*SUDUT SANTAI 30%*
Kopi @ The Tarik
Bubur kacang
Kuih Serimuka
Kuih Karipap / kueh lapis / kueh nona – (Pilih Satu)
*MENU MAKAN BERADAP*
Ayam golek
Ikan siakap masak masam manis
Udang berhias
Menu sedia ada
*PELAMIN DAN DEKORASI*
Pelamin Dewan
Backdrop Pelamin
Backrop Layar 20
Flower Box 2x 3 Ft
Pillar Bunga
Kerusi Pelamin
Bunga Tangan
Bantal Tangan
Hiasan Dewan
Flower Arch Entrance
*BUSANA DAN ANDAMAN*
Bunga Tangan x 1
Sepasang Baju Sanding Sedia ada (L/P)
*KELENGKAPAN MAJLIS DAN KHEMAH*
Dewan Berhawa Dingin
Meja Pengantin ( Makan Beradab ) (6 PAX)
1 X Meja Mempelai Dengan Dekorasi Bunga
2 X kerusi Mempelai
6 X Kerusi Banquet Bersarung Dan Riben
Surau ( L&P)
Bilik Persalinan
Free parking yang luas
*MEJA VIP*
4 x Meja Bulat Dengan Alas Meja
40 Kerusi Banquet Bersarung & Riben
40 Set Peralatan Sajian VIP
4 x Set Dome
*MEJA TETAMU*
32 X Meja Bulat + Alas Meja
320 Kerusi Chavari / Banquet Bersarung + Riben
2 Meja Buffet
Meja Kek
Meja Penyambut Tetamu
Meja Hadiah
*PA SYSTEM*
*FOTOGRAFI*
Gambar Resepsi
Main Photographer On Location
Pendrive
*PELENGKAP MAJLIS*
Pramusaji 12 Orang Beruniform
1 Event Coordinator
Peralatan Catering
*PERCUMA PENAMBAHAN*
Digital Kad Kahwin
Make Up sanding 1x
MC
Kek Kahwin
Set Akad Nikah
Bilik Pengantin Bersiap
*Note*
Penambahan jika perlu
Indian n Mamak Food
*MENU UTAMA*
v – Nasi Beryani Basmathi Panjang 80%
v – Nasi putih 20%
v – Ayam Goreng Berempah
v – Daging Kambing Masak Kurma
v – Daging Masak Rendang
v – Pudina Chutney
v – Bawang Tairu
v – Acar buah
*BUAH BUAHAN*
v – Limau Sunkis
V – Tembikai
*MINUMAN*
v – Air Sirap Punch
v – Drinking Water
*SUDUT SANTAI*
v – The Tarik Mamak
v – 2 Jenih Kuih ( Manis & Pedas ) (300PCS X 2)
*MENU MAKAN BERADAP*
v – Ayam golek
v – Ikan siakap masak masam manis
v – Udang berhias
v – Mix Fruits
v – Kuih Muih
v – Menu sedia ada
Simple je…Kita set appointments…
Detail pakej Dan final quotation akn d sediakan, minat dgn venue dan dlm bajet Kita,,,
Terus lock date n venue…
Bab Tema apa utk Majlis …Kami sediakan 3 bridal utk buat pilihan..pilih lah Tema apa nak..
Pakej d sediakan all in..lengkap semua…
Bila dh lock date n depo…event coordinator Kami akn melayan anda
PERSEDIAAN SEBELUM KAHWIN
Jika anda bakal pengantin yang sedang membaca artikel ini, tentu sekali dada sedang berdegup kencang. Persediaan sebelum kahwin perlu sempurna dan persiapan mesti rapi. Sudah pasti, tiada 100% sempurna, namun setidak-tidaknya kita kena pastikan yang segalanya sudah disudahkan dengan baik.
Apa yang lebih penting, semoga majlis berjalan lancar dah diberkati. Amin..
1. PILIH TARIKH
Memilih tarikh ketika musim perayaan akan menyebabkan harga barangan menjadi mahal kerana permintaan yang tinggi. Jadi, para peniaga akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang sesuka hati. Nak tak nak kita terpaksa beli tetapi satu langkah pembelian yang tidak bijak. Barangan yang paling ketara sekali mahal jika musim perayaan ialah makanan seperti ayam, daging.
Selain musim perayaan, musim cuti sekolah juga menjadi kegemaran pasangan untuk memilih tarikh perkahwinan. Hal ini untuk memudahkan saudara mara, rakan dan taulan datang ke majlis mereka. Jika semua pasangan beranggapan begini, maka akan ramailah yang kahwin semasa cuti persekolahan.
Kesannya, akan berlaku peningkatan harga terutama dari segi upah mak andam dan sebagainya.
Seperkara lagi, jangan nak tarikh yang fancy-fancy sangat. Tidak perlu ikutkan kehendak sendiri. Lebih baik tanya ibu-bapa, hormati tarikh apa yang mereka mahu.
2. HADIRI KURSUS KAHWIN
Kursus kahwin adalah perkara wajib yang perlu dilaksanakan sebelum pasangan akad nikah dan sah menjadi suami isteri. Kursus kahwin penting kerana secara kasar setiap pasangan akan mengetahui dan memahami tanggungjawab isteri kepada suami begitu juga sebaliknya. Untuk membina rumah tangga yang bahagia bukan semudah memakan kacang, bukak dan telah, tetapi perlukan ilmu asas dan pengetahuan yang 80% akan diterina semasa kursus ini.
Bagi pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan tetapi mereka belum mengambil kursus itu, mereka perlulah mengambil kursus tersebut seelok-eloknya tiga bulan sebelum berlangsungnya majlis. Jika dia telah mengambil kursus itu 2 atau 3 tahun yang lepas, kalau boleh, anda perbahuruilah semula kursus anda supaya pengetahuan berkaitan perkahwinan akan lebih segar dalam ingatan.
3. MENEMPAH DEWAN, HOTEL, CATERING DAN LAIN-LAIN
Majlis yang berseri-seri dengan kehadiran ramai saudara mara dan rakan taulan, beserta makanan yang lazat adalah diidamkan setiap pasangan pengantin ditambah pula dengan keanggunan wajah dan baju pengantin yang cantik dipakai oleh mempelai adalah impian setiap pasangan. Masalah-masalah yanag berkaitan dewan, juru solek, juru gambar, katering yang datang saat-saat terakhir sangat ditakuti oleh pasangan dan juga keluarga mempelai.
Jadi sebelum ini terjadi, setiap pasangan perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan persediaan awal. Dewan perkara utama perlu ditempah selepas mendapat tarikh perkahwinan yang muktamad. Pastikan anda menempah dewan enam bulan awal sekiranya majlis itu di sambut di kawasan bandar. Hal ini untuk mengelakkan harga dewan menjadi mahal sekiranya anda membuat tempahan di saat-saat akhir sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan. Semasa membuat tempahan, pastikan anda telah mengetahui anggaran jumlah tetamu yang dijemput supaya pihak dewan boleh membuat perkiraan dan semuanya dapat diuruskan dengan lancar.
4. TEMPAH JURU NIKAH DAN ANDAMAN
Perkara ini juga tidak kurang pentingnya. Bagaimana hendak nikah jika tiada juru nikah? Bagi yang ada bapa dan boleh menikahkan anak tidak menjadi masalah. Tetapi bagi yang tiada, perlulah mengambil khidmat juru nikah. Juru nikah juga perlu diberitahu awal supaya jadualnya tidak bertindih dengan pasangan yang lain. Begitu juga dengan andaman. Pasangan dinasihatkan supaya memilih dan menempah butik andaman yang mereka minati enam bulan awal.
Pilihan untuk membuat tempahan perlu dikecilkan sedikit supaya anda tidak rambang mata dan tidak tahu untuk membuat keputusan. Tanya kepada keluarga atau kawan-kawan yang pernah menggunakan khidmat andaman yang ingin anda pilih. Jika layanan dan perkhidmatan yang diberikan sangat bagus, anda boleh memilih butik tersebut. Dalam membuat pilihan tema dan warna semasa majlis, anda perlu mementingkan pakej-pakej yang ditawarkan berbanding perkhidmatan secara berasingan.
Hal ini kerana, perkhidmatan secara berasingan dikatakan lebih mahal berbanding pakej yang disediakan. Kenalpasti tema pelamin yang anda inginkan terlebih dahulu. Jika sudah ada yang berkenan, barulah berbincang dengan pereka pelamin. Jangan mengambil masa yang lama untuk memikirkan tema kerana masa akan terbuang begitu sahaja.
5. TEMPAH KAD JEMPUTAN KAHWIN
Setelah tarikh dan tempat untuk melangsungkan persandingan telah ditetapkan, langkah seterusnya adalah menempah kad jemputan. Sebelum menempah, pastikan anda telah memilih tempat untuk membuat dan mencetak kad jemputan. Anda perlulah rajin untuk membuat pemilihan melalui internet tentang tema-tema terbaru dan terkini. Pastikan kad kahwin yang akan dibuat nanti tidak terlalu mahal, cukuplah ringkas dan yang penting maklumat di dalamnya boleh dibaca.
Antara isi kandungan kad jemputan yang perlu diletakkan ialah nama pengantin dan keluarga berserta nombor telefon supaya mudah tetamu hubungi. Alamat rumah jika bersanding di rumah, tetapi kalau di dewan atau hotel, perlu memberitahu alamat dan peta. Rekaan peta tempat majlis persandingan juga perlulah jelas dan mudah difahami. Selain itu, selitkan juga waktu jamuan makan dan persandingan. Bagi umat Islam, kad jemputan selalunya ada tertera doa untuk pasangan pengantin. Lagi baik jika anda turut meletaknya. Keberkatan dan doa semua tetamu sangat penting bagi kesejahteraan pengantin.
6. JALANI UJIAN HIV
Ujian saringan HIV perlu dilakukan sebelum pasangan mendirikan rumah tangga. Ujian ini penting dibuat untuk mengelakkan berlaku jangkitan kepada pasangan sekiranya terbukti pasangan itu pembawa HIV. Hal ini akan menjadi teruk dan parah lagi, jika anda tidak buat ujian saringan ini, dan pasangan pula pembawa HIV, ditakuti anak yang akan lahir turut mendapat HIV. Sebelum keadaan menjadi parah lebih baik kita cegah dahulu daripada terlambat. Mudah sahaja untuk melakukan ujian ini.
Jadi setiap pasangan perlu ke klinik kerajaan yang berdekatan, tanpa perlu temu janji kerana prosedur saringan ini ambil masa sekejap sahaja. Semasa di klinik, anda akan diberi borang untuk diisi, kemudian jari anda akan dicucuk untuk mendapat sampel darah. Setelah itu keputusan ujian akan diberitahu tanpa tunggu lama. Jadi jika ujian saringan ini membuktikan anda dan pasangan bebas dari jangkitan HIV, anda berdua boleh tersenyum panjang tanda bahagia.
7. DOKUMEN DAN BORANG PERKAHWINAN
Bagi setiap pasangan yang akan mendirikan rumah tangga, perkara asas yang perlu dilakukan juga adalah mengisi borang-borang penting dan di hantar di Pejabat Agama sebelum bernikah. Antara borang yang wajib diisi ialah borang permohonan kebenaran perkahwinan bagi perempuan dan lelaki, borang akuan bujang, borang saksi, dan ada lagi beberapa boring lain bergantung kepada status diri pasangan. Maklumat borang boleh rujuk di sini.
Setelah semua borang dan maklumat yang diperlukan siap, dokumen tersebut perlulah dihantar ke bahagian Undang-undang Syariah Jabatan Agama. Semasa di sana nanti pasangan akan melalui sedikit sesi temu bual berkaitan tanggungjawab suami kepada isteri, dan tanggungjawab isteri kepada suami bersama pegawai agama. Cara ini selalu diamalkan di negeri Johor Bahru. Setiap negeri berbeza prosedur yang dikendalikan oleh Jabatan Agama tetapi sama dari segi keperluan yang asas dan wajib.
AKHIR KATA
Dalam melayari alam perkahwinan, setiap pasangan akan melalui pelbagai ujian dalam hidup. Jadi perlu diingatkan, kahwin bukan semudah yang disangka. Jika masih kurang ilmu di dada, perlu dalami lagi dan perlu bersedia fizikal dan mental.
Prosedur perkahwinan juga dikatakan semakin rumit. Hal ini kerana, sudah terlalu banyak kes kahwin lari, kahwin tanpa persetujuan perkahwinan, perkahwinan tidak berasaskan Islam dan banyak lagi. Jadi untuk mengelakkan perkara sebegini terjadi, prosedur yang teliti perlu dilakukan supaya tidak mendapat kesusahan di kemudian hari. Semoga artikel persediaan sebelum kahwin ini dapat memberikan manfaat.
Wallahualam.
Kami berpengalaman dalam merancang dan merangka majlis perkahwinan impian anda, dan ianya mengikut apa yang dicitakan oleh anda. Kami juga menyediakan pakej–pakej perkahwinan mengikut keperluan anda dari andaman, fotografi, katering hinggalah ke persiapan lengkap majlis perkahwinan.Pakej Katering dan Perkahwinan 2021-2022-2023
We are here
Dewan Pekerti Jalan Taman Bunga, Taman Tasek Seremban,, 70000 Seremban, Negeri Sembilan Malaysia
Phone : +6 017 852 6712
Whatsapp : +6 017 852 6712
Email : admin@qalessya.com