Pakej Perkahwinan Lengkap Di Ideal Convention Centre Shah Alam #IDCC

Merealisasikan impian anda ! Majlis yang penuh Exclusive dan lain daripada yang lain bakal terlaksana..

VENUE IDEAL CONVENTION CENTRE SHAH ALAM (IDCC)

Dewan IDCC Shah Alam telah mengadakan banyak majlis perkahwinan besar untuk perkahwinan Melayu, Cina dan India. Walaupun Dewan IDCC ini mempunyai ruang yang besar dan moden, tetapi harga untuk perkahwinan orang India di sini adalah kompetitif di sekitar Lembah Klang..

PERSEDIAAN SEBELUM KAHWIN

Persediaan sebelum kahwin perlu sempurna dan persiapan mestilah rapi. Sudah pasti, tiada 100% sempurna, namun setidak-tidaknya kita kena pastikan yang segalanya sudah dirancang dengan baik.

Apa yang penting adalah, semoga majlis perkahwinan berjalan dengan lancar dah diberkati. Aamiin.. 

1. PILIH TARIKH

Memilih tarikh ketika musim perayaan akan menyebabkan harga barangan menjadi mahal kerana permintaan yang tinggi. Jadi, para peniaga akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang sesuka hati. Nak tak nak kita terpaksa beli tetapi satu langkah pembelian yang tidak bijak. Barangan yang paling ketara sekali mahal jika musim perayaan ialah makanan seperti ayam, daging.

Selain musim perayaan, musim cuti sekolah juga menjadi kegemaran pasangan untuk memilih tarikh perkahwinan. Hal ini untuk memudahkan saudara mara, rakan dan taulan datang ke majlis mereka. Jika semua pasangan beranggapan begini, maka akan ramailah yang kahwin semasa cuti persekolahan.

Kesannya, akan berlaku peningkatan harga terutama dari segi upah mak andam dan sebagainya.

Seperkara lagi, jangan nak tarikh yang fancy-fancy sangat. Tidak perlu ikutkan kehendak sendiri. Lebih baik tanya ibu-bapa, hormati tarikh apa yang mereka mahu.

2. HADIRI KURSUS KAHWIN

Kursus kahwin adalah perkara wajib yang perlu dilaksanakan sebelum pasangan akad nikah dan sah menjadi suami isteri. Kursus kahwin penting kerana secara kasar setiap pasangan akan mengetahui dan memahami tanggungjawab isteri kepada suami begitu juga sebaliknya. Untuk membina rumah tangga yang bahagia bukan semudah memakan kacang, bukak dan telah, tetapi perlukan ilmu asas dan pengetahuan yang 80% akan diterina semasa kursus ini.

Bagi pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan tetapi mereka belum mengambil kursus itu, mereka perlulah mengambil kursus tersebut seelok-eloknya tiga bulan sebelum berlangsungnya majlis. Jika dia telah mengambil kursus itu 2 atau 3 tahun yang lepas, kalau boleh, anda perbahuruilah semula kursus anda supaya pengetahuan berkaitan perkahwinan akan lebih segar dalam ingatan.

3. MENEMPAH DEWAN, HOTEL, CATERING DAN LAIN-LAIN

Majlis yang berseri-seri dengan kehadiran ramai saudara mara dan rakan taulan, beserta makanan yang lazat adalah diidamkan setiap pasangan pengantin ditambah pula dengan keanggunan wajah dan baju pengantin yang cantik dipakai oleh mempelai adalah impian setiap pasangan. Masalah-masalah yanag berkaitan dewan, juru solek, juru gambar, katering yang datang saat-saat terakhir sangat ditakuti oleh pasangan dan juga keluarga mempelai.

Jadi sebelum ini terjadi, setiap pasangan perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan persediaan awal. Dewan perkara utama perlu ditempah selepas mendapat tarikh perkahwinan yang muktamad. Pastikan anda menempah dewan enam bulan awal sekiranya majlis itu di sambut di kawasan bandar. Hal ini untuk mengelakkan harga dewan menjadi mahal sekiranya anda membuat tempahan di saat-saat akhir sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan. Semasa membuat tempahan, pastikan anda telah mengetahui anggaran jumlah tetamu yang dijemput supaya pihak dewan boleh membuat perkiraan dan semuanya dapat diuruskan dengan lancar.

4. TEMPAH JURU NIKAH DAN ANDAMAN

Perkara ini juga tidak kurang pentingnya. Bagaimana hendak nikah jika tiada juru nikah? Bagi yang ada bapa dan boleh menikahkan anak tidak menjadi masalah. Tetapi bagi yang tiada, perlulah mengambil khidmat juru nikah. Juru nikah juga perlu diberitahu awal supaya jadualnya tidak bertindih dengan pasangan yang lain. Begitu juga dengan andaman. Pasangan dinasihatkan supaya memilih dan menempah butik andaman yang mereka minati enam bulan awal.

Pilihan untuk membuat tempahan perlu dikecilkan sedikit supaya anda tidak rambang mata dan tidak tahu untuk membuat keputusan. Tanya kepada keluarga atau kawan-kawan yang pernah menggunakan khidmat andaman yang ingin anda pilih. Jika layanan dan perkhidmatan yang diberikan sangat bagus, anda boleh memilih butik tersebut. Dalam membuat pilihan tema dan warna semasa majlis, anda perlu mementingkan pakej-pakej yang ditawarkan berbanding perkhidmatan secara berasingan.

Hal ini kerana, perkhidmatan secara berasingan dikatakan lebih mahal berbanding pakej yang disediakan. Kenalpasti tema pelamin yang anda inginkan terlebih dahulu. Jika sudah ada yang berkenan, barulah berbincang dengan pereka pelamin. Jangan mengambil masa yang lama untuk memikirkan tema kerana masa akan terbuang begitu sahaja.

5. TEMPAH KAD JEMPUTAN KAHWIN

Setelah tarikh dan tempat untuk melangsungkan persandingan telah ditetapkan, langkah seterusnya adalah menempah kad jemputan. Sebelum menempah, pastikan anda telah memilih tempat untuk membuat dan mencetak kad jemputan. Anda perlulah rajin untuk membuat pemilihan melalui internet tentang tema-tema terbaru dan terkini. Pastikan kad kahwin yang akan dibuat nanti tidak terlalu mahal, cukuplah ringkas dan yang penting maklumat di dalamnya boleh dibaca.

Antara isi kandungan kad jemputan yang perlu diletakkan ialah nama pengantin dan keluarga berserta nombor telefon supaya mudah tetamu hubungi. Alamat rumah jika bersanding di rumah, tetapi kalau di dewan atau hotel, perlu memberitahu alamat dan peta. Rekaan peta tempat majlis persandingan juga perlulah jelas dan mudah difahami. Selain itu, selitkan juga waktu jamuan makan dan persandingan. Bagi umat Islam, kad jemputan selalunya ada tertera doa untuk pasangan pengantin. Lagi baik jika anda turut meletaknya. Keberkatan dan doa semua tetamu sangat penting bagi kesejahteraan pengantin.

6. JALANI UJIAN HIV

Ujian saringan HIV perlu dilakukan sebelum pasangan mendirikan rumah tangga. Ujian ini penting dibuat untuk mengelakkan berlaku jangkitan kepada pasangan sekiranya terbukti pasangan itu pembawa HIV. Hal ini akan menjadi teruk dan parah lagi, jika anda tidak buat ujian saringan ini, dan pasangan pula pembawa HIV, ditakuti anak yang akan lahir turut mendapat HIV. Sebelum keadaan menjadi parah lebih baik kita cegah dahulu daripada terlambat. Mudah sahaja untuk melakukan ujian ini.

Jadi setiap pasangan perlu ke klinik kerajaan yang berdekatan, tanpa perlu temu janji kerana prosedur saringan ini ambil masa sekejap sahaja. Semasa di klinik, anda akan diberi borang untuk diisi, kemudian jari anda akan dicucuk untuk mendapat sampel darah. Setelah itu keputusan ujian akan diberitahu tanpa tunggu lama. Jadi jika ujian saringan ini membuktikan anda dan pasangan bebas dari jangkitan HIV, anda berdua boleh tersenyum panjang tanda bahagia.

7. DOKUMEN DAN BORANG PERKAHWINAN

Bagi setiap pasangan yang akan mendirikan rumah tangga, perkara asas yang perlu dilakukan juga adalah mengisi borang-borang penting dan di hantar di Pejabat Agama sebelum bernikah. Antara borang yang wajib diisi ialah borang permohonan kebenaran perkahwinan bagi perempuan dan lelaki, borang akuan bujang, borang saksi, dan ada lagi beberapa boring lain bergantung kepada status diri pasangan. Maklumat borang boleh rujuk di sini.

Setelah semua borang dan maklumat yang diperlukan siap, dokumen tersebut perlulah dihantar ke bahagian Undang-undang Syariah Jabatan Agama. Semasa di sana nanti pasangan akan melalui sedikit sesi temu bual berkaitan tanggungjawab suami kepada isteri, dan tanggungjawab isteri kepada suami bersama pegawai agama. Cara ini selalu diamalkan di negeri Johor Bahru. Setiap negeri berbeza prosedur yang dikendalikan oleh Jabatan Agama tetapi sama dari segi keperluan yang asas dan wajib.

AKHIR KATA

Dalam melayari alam perkahwinan, setiap pasangan akan melalui pelbagai ujian dalam hidup. Jadi perlu diingatkan, kahwin bukan semudah yang disangka. Jika masih kurang ilmu di dada, perlu dalami lagi dan perlu bersedia fizikal dan mental.

Prosedur perkahwinan juga dikatakan semakin rumit. Hal ini kerana, sudah terlalu banyak kes kahwin lari, kahwin tanpa persetujuan perkahwinan, perkahwinan tidak berasaskan Islam dan banyak lagi. Jadi untuk mengelakkan perkara sebegini terjadi, prosedur yang teliti perlu dilakukan supaya tidak mendapat kesusahan di kemudian hari. Semoga artikel persediaan sebelum kahwin ini dapat memberikan manfaat.

Wallahualam

Sumber: Berita

LIST PAKEJ

Kami menyediakan *3 pakej* lengkap all in utk pakej mula 400pax hingga 2500pax. .

*List Pakej lengkap standard*

*Mula 400pax hingga 2500pax*

*MENU UTAMA*
 *Nasi* Beriyani/ Nasi Minyak / Nasi Putih 30%
*Ayam* Masak Merah / Goreng Berempah / Ayam Briyani / Ayam Masak Korma / Ayam Goreng Kunyit Halia.
*Daging* Masak Hitam / Kurma / Rendang
*Acar* Buah / Jelatah / Pajeri Nenas / Acar Bombay
*Dalca* Sayur
*Ulam*-ulaman / Salad
*Sambal* Belacan

*BUAH BUAHAN*
 Oren
 Tembikai

*MINUMAN*
 Air cordial oren
 Sirap ice

*SUDUT SANTAI 30%*
 Kopi @ The Tarik
 Bubur kacang
 Kuih Serimuka
 Kuih Karipap / kueh lapis / kueh nona – (Pilih Satu)

*MENU MAKAN BERADAP*
 Ayam golek
 Ikan siakap masak masam manis
 Udang berhias
 Menu sedia ada

*PELAMIN DAN DEKORASI*
 Pelamin Dewan
 Backdrop Pelamin
 Backrop Layar 20
 Flower Box 2x 3 Ft
 Pillar Bunga
 Kerusi Pelamin
 Bunga Tangan
 Bantal Tangan
 Hiasan Dewan
 Flower Arch Entrance

*BUSANA DAN ANDAMAN*
 Bunga Tangan x 1
 Sepasang Baju Sanding Sedia ada (L/P)

*KELENGKAPAN MAJLIS DAN KHEMAH*
 Dewan Berhawa Dingin
 Meja Pengantin ( Makan Beradab ) (6 PAX)
 1 X Meja Mempelai Dengan Dekorasi Bunga
 2 X kerusi Mempelai
 6 X Kerusi Banquet Bersarung Dan Riben
 Surau ( L&P)
 Bilik Persalinan
 Free parking yang luas

*MEJA VIP*
 4 x Meja Bulat Dengan Alas Meja
 40 Kerusi Banquet Bersarung & Riben
 40 Set Peralatan Sajian VIP
 4 x Set Dome

*MEJA TETAMU*
 32 X Meja Bulat + Alas Meja
 320 Kerusi Chavari / Banquet Bersarung + Riben
 2 Meja Buffet
 Meja Kek
 Meja Penyambut Tetamu
 Meja Hadiah

*PA SYSTEM*

*FOTOGRAFI*
 Gambar Resepsi
 Main Photographer On Location
 Pendrive

*PELENGKAP MAJLIS*
 Pramusaji 12 Orang Beruniform
 1 Event Coordinator
 Peralatan Catering

*PERCUMA PENAMBAHAN*
 Digital Kad Kahwin
 Make Up sanding 1x
 MC
 Kek Kahwin
 Set Akad Nikah
 Bilik Pengantin Bersiap

*Note*
Penambahan jika perlu

A VENUE LIKE NO OTHER

The convention centre features a stunning floor to ceiling glass windows immersing the concourse with natural light, giving visitors a full and grand view of the green scenery of Shah Alam overlooking the Federal Highway

CAPACITY

Ketika Ini Semakin Ramai Yang Ingin Berkahwin Di Dewan Idcc Shah Alam Dengan Kos Bajet Kahwin Yang Jimat Dan Selesa , Pakej Kahwin Idcc Yang Di Tawarkan Oleh Team Event Wedding Setakat Ini Adalah Yang Terbaik Dan Mampu Untuk Semua Golongan .

Kenapa Pilih Dewan Idcc Sebagai Pilihan Utama Perkahwinan.

Pakej Ini Termasuk Tawaran Catering 

Pakej Ini Termasuk Harga Venue

Pakej Ini Termasuk Dengan Pelamin

Pakej Ini Termasuk Dengan Photografi

Pakej Ini Termasuk Set Album Gambar Perkahwinan….

Share

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Latest News

Our Gallery

Follow Us

Scroll to Top
Scroll to Top

Terima kasih kerana hubungi saya.. Kami menyediakan Pakej Perkahwinan Lengkap 2024-2025.. Boleh share sikit info untuk memudahkan

%d bloggers like this: