Masker Yogurt Buat Kulit Cerah Semula Jadi, Bakal Pengantin Boleh Amal Sebelum Naik Pelamin

Masker yogurt cukup membantu jika anda ada masalah kulit kusam dan tak berseri. Jadi bakal pengantin dan isteri yang ada masa di rumah boleh DIY sendiri untuk disapu ke wajah.

Seperti yang kita tahu, kandungan nutrisi dalam masker yogurt cukup membantu memperlahankan proses penuaan agar kulit awet muda.

Ini Manfaat Yoghurt Untuk Kulit!

Kombinasi nutrisi ini amat lengkap untuk melakukan proses regenerasi kulit, mengurangkan jerawat, sekaligus melindungi kulit dari pelbagai masalah.

Jom ketahui manfaat yang bakal anda perolehi sekiranya konsisten menggunakan masker yogurt.

1- Melembapkan Kulit Wajah

Yoghurt mempunyai kandungan Lactic Acid yang membantu melembabkan kulit kusam, dan hilang serinya. Cara membuat masker ini pun amat mudah, sediakan yoghurt putih (plain yogurt) kemudian sapukan merata pada wajah. Biarkan selama 15 hingga 20 minit, seterusnya bilas dengan air suam. Gunakan masker ini sebanyak 5 kali dalam seminggu.

2- Mencerahkan Kulit Wajah

Yogurt dengan campuran serbuk kunyit mampu membuat kulit satu tona lebih cerah. Ini kerana, Lactic Acid di dalam yogurt juga membantu mengeluarkan enzim yang dikenali sebagai Tyrosinase.

Ini juga membantu menghasilkan melanin yang menjadi punca kegelapan kulit. Manakala, kunyit mempunyai komponen bioaktif yang bersifat anti-radang dan antioksida yang baik untuk kulit.

Cara membuat masker dengan campuran kunyit :

  • Siapkan 1 senduk makan serbuk kunyit dan yogurt putih secukupnya, campurkan keduanya dan gaul sebati di dalam mangkuk.
  • Apabila adunan yoghurt dan kunyit telah sebati, sapukan menggunakan berus ke wajah, pastikan yogurt melitupi keseluruhan wajah anda.
  • Biarkan selama 15 hingga 20 minit.
  • Bilas dengan air suam, hingga bersih.

Awards & Recognition 🏅𝑯𝒂𝒍𝒂𝒍 𝑪𝒆𝒓𝒕𝒊𝒇𝒊𝒆𝒅 𝑪𝒂𝒕𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈 🏅𝑨𝑺𝑬𝑨𝑵 𝑭𝒐𝒐𝒅 & 𝑻𝒓𝒂𝒗𝒆𝒍 𝑨𝒘𝒂𝒓𝒅𝒔 𝟐𝟎𝟐𝟐 🏅𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂’𝒔 𝑭𝒂𝒗𝒐𝒖𝒓𝒊𝒕𝒆 𝑪𝒂𝒕𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈 𝑺𝒆𝒓𝒗𝒊𝒄𝒆 𝑷𝒓𝒐𝒗𝒊𝒅𝒆𝒓
Awards & Recognition 🏅𝑯𝒂𝒍𝒂𝒍 𝑪𝒆𝒓𝒕𝒊𝒇𝒊𝒆𝒅 𝑪𝒂𝒕𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈 🏅𝑨𝑺𝑬𝑨𝑵 𝑭𝒐𝒐𝒅 & 𝑻𝒓𝒂𝒗𝒆𝒍 𝑨𝒘𝒂𝒓𝒅𝒔 𝟐𝟎𝟐𝟐 🏅𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂’𝒔 𝑭𝒂𝒗𝒐𝒖𝒓𝒊𝒕𝒆 𝑪𝒂𝒕𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈 𝑺𝒆𝒓𝒗𝒊𝒄𝒆 𝑷𝒓𝒐𝒗𝒊𝒅𝒆𝒓

Share

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Latest News

Our Gallery

Follow Us

Scroll to Top
Scroll to Top

Terima kasih kerana hubungi saya.. Kami menyediakan Pakej Perkahwinan Lengkap 2024-2025.. Boleh share sikit info untuk memudahkan

%d bloggers like this: