BAGI mereka yang menetap di negara beriklim tropika, kehadiran nyamuk pastinya sudah menjadi kebiasaan.
Selain risiko mengalami penyakit seperti denggi dan chikungunya, nyamuk juga ‘dibenci’ kerana gigitannya yang menyebabkan kegatalan tidak terperi.
Malah, kesan bengkak dan kemerahan pada permukaan kulit juga akan mengambil masa beberapa jam untuk dihilangkan.
Ayuh kita lihat beberapa tip yang boleh diamalkan bagi membantu melegakan kegatalan akibat digigit nyamuk.
Petua gigitan nyamuk
1) Basuh permukaan kulit yang digigit nyamuk menggunakan sabun dan air.
2) Letakkan pek ais selama 10 minit untuk mengurangkan bengkak dan kegatalan, jangan sesekali garu kerana ia boleh menyebabkan luka.
3) Ambil satu sudu serbuk penaik dan campurkan dengan air untuk menghasilkan pes. Sapukan pes tersebut di tempat yang digigit nyamuk, dalam masa 10 minit kegatalan kulit akan mula berkurangan. Kemudian bilas dengan air bersih.
4) Boleh dapatkan krim antihistamin daripada farmasi untuk mengawal alahan disebabkan oleh gigitan nyamuk.