Kecoh di Threads, seorang wanita mendakwa suaminya terpaksa dikejarkan ke klinik gara-gara muntah dan cirit-birit selepas menikmati pizza wagyu yang dibeli daripada seorang usahawan popular.
Kejadian itu berlaku pada hari Ahad dan telah mengundang perhatian ramai orang.
Suami cirit birit, muntah lepas makan pizza wagyu
Dakwa wanita berkenaan, doktor yang merawat mengesyaki ianya mungkin berpunca daripada cara makanan tersebut dikendalikan.
Pasangan terbabit difahamkan sudah membuat laporan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk siasatan lanjut.