Kalau nak kahwin ini, memang banyak perkara yang anda nak buat. Masa macam tidak cukup sahaja untuk sediakan semua benda berkaitan dengan majlis perkahwinan. Itu adalah perkara yang normal. Kerana anda tiada pengalaman untuk menguruskan sesebuah majlis perkahwinan.
Bagaimana pula dengan lokasi majlis perkahwinan? Sememangnya buat di rumah lebih murah dan selesa untuk bergerak kesana dan kesini, tetapi anda perlu fikir pula dimana rumah anda? Ruang cukup ke? Macam mana pula dengan tetamu? Adakah mereka akan rasa selesa?
Dewan akan menjadi pilihan bagi pengantin yang tinggal di rumah seperti apartment dan sebagainya. Bagi pengantin yang mahu lakukan majlis perkahwinan secara besar-besaran, mereka juga akan memilih dewan sebagai lokasi majlis perkahwinan mereka.
Dewan ini adalah pilihan yang bagus sebenarnya namun anda perlu survey dahulu sebelum confirmkan dewan majlis anda. Ini adalah kerana banyak faktor dewan yang mampu membuatkan anda mempunyai majlis perkahwinan yang berjaya atau tidak.
Terdapat beberapa tips untuk anda memilih dewan supaya anda tidak rugi! Antaranya
- FIKIRKAN APA YANG ANDA DAN PASANGAN MAHUKAN
- TENTUKAN BAJET UNTUK MAJLIS
- PILIH LOKASI YANG SESUAI DAN BERTEPATAN DENGAN TEMA
- TAHU BERAPA KAPASITI RUANG MENGIKUT TETAMU UNDANGAN
- FIKIRKAN KEMUDAHAN YANG ADA TERUTAMANYA PARKING KERETA
- KEISTIMEWAAN DEWAN DENGAN DINDING SERAP BUNYI
- DENGARKAN CADANGAN DAN ULASAN DEWAN DARI MEREKA YANG LEBIH MAHIR
- LAKUKAN LIST DEWAN DENGAN PAKEJ TAWARAN
- LAWAT DEWAN DARI SEMASA KE SEMASA
- BUAT TEMPAHAN DEWAN DENGAN SEGERA.
Jika semua dah disenaraikan dan anda sudah mempunyai tarikh idaman, cepat-cepat booking dewan bagi mengelakkan dewan yang anda mahu habis di booking orang lain. Pihak kami juga menyediakan pakej dewan bermula dari 100pax dan keatas mengikut dewan yang ditempah. Pastinya anda akan senang berurusan dengan kami kerana kami akan pastikan segala keperluan yang bakal pengantin mahu kami akan uruskan dengan baik.